Saturday, November 16, 2013

pergi

memang aku tak pernah ingat macam mana kami bertemu. semuanya berjalan pantas. hari demi hari. kami terus rapat. aku dan dia bagai belangkas, tak dapat dipisahkan.

minat kami, hampir semuanya sama. minat terhadap fotografi, kereta, dan punya impian sama untuk menjadi juruterbang. tak ada aku, dia pun tak ada. seorang tak ke kelas, maka berdua tak ke kelas. keluar kuliah makan kat kafe sama-sama. duduk kerusi belakang kuliah sama-sama. semua, bersama. walaupun tidur juga bersama.

masa tu PSPM1. alhamdulilllah, aku dapat keputusan yang bagus. tapi dia, tidak. entah kenapa, aku terasa ingin menemani dia mengharungi baki sem yang ada tanpa menghiraukan sekeliling. ya, dengan belajar sambil lewa. ponteng kelas. dengan harapan untuk mengulang semester bersama. tapi keputusan aku ditakdirkan ALLAH lebih baik daripada dia. pointer aku menyebabkan aku tak dapat mengulang. dia terkandas, aku sudah separuh jalan.

aku ingat lagi, aku tumpang dia dari KMJ sampai ke rumah, selepas tamat matrikulasi. Pajero rosak tengah jalan. abah tersadai kat Melaka. dan,... aku menitiskan air mata, takut-takut tidak dapat lagi bersua muka.

namun alhamdulillah, kesempatan diberikan olehnya, aku dapat bertemunya semula di tempat kami mula berjabat tangan menyulam persahabatan. jadi taiko lah dia masa tu. 'senior' katakan.

dan ketika itulah kali terakhir aku bertemunya. di tempat kami bersahabat.



dan dia berjanji untuk pulang pada cuti pertengahan semester ini, tapi tidak juga dia pulang. dan terus dia berjanji untuk pulang pula semseter hadapan.



tapi dia tak tunaikan janji, kerana dia telah terlebih dahulu berjanji dengan ALLAH.


ya, tumpah air mataku  mengenangkan persahabatan yang terjalin dalam masa yang begitu singkat. sehingga ke hari ini, dan selamanya, dia tetap kawan aku dunia akhirat.

Ya ALLAH, Kau lindungilah dia dalam perjalanan pulang bertemu-MU ya ALLAH. Tempatkanlah dia bersama para solihin, kerana aku tahu dia telah berusaha mencari redha-MU. ya ALLAH, ampunkanlah dosanya sepertimana sucinya bayi ketika dilahirkan. Ya ALLAH, sungguhpun pertemuan kami ini amatlah singkat, tapi terasa telah bertahun lamanya kami bersahabat. sesungguhnya dia tiada pengganti ya ALLAH. kerana Kau lebih menyayanginya daripada aku, maka Kau kasihilah dia sepertimana dia mengasihiMu Ya Rahman Ya Rahiim.

Amiin amiin ya rabbal 'alamin. Al-Fatihah


MOHD AZEM SAMEER -1992-2013-



No comments:

Post a Comment