Thursday, November 14, 2013

5A

satu tarikh di bulan 11, 2004.

masa tu aku tahu yang keputusan UPSR keluar. dengan muka selamba aku ke sekolah menaiki gerek yang sudah berapa lama abah aku beli sampai aku dah cat balik dengan warna putih. dulu warnanya merah, tapi disebabkan aku nak jugak bergaya cat basikal sendiri, main hembus je la.

sebelum sempat aku disapa jaga sekolah aku, Pak Long bermisai lebat macam A. Galak, terlebih dahulu aku berpaling muka tanda angkuh kerana terasa diri telah berjaya. padahal haram tak tahu lagi dapat apa. nak diikutkan masa percubaan aku dapat 3A 2B je. BI dengan BM Pemahaman kot. pelik gila kan?

sesudah aku menongkat basikal, aku berjalan dengan bongkak bagai raja baru naik takhta. biasalah, budak baru nak up. selalu asyik dibawah, tapi aku kini berjaya menghidu bau-bau kejayaan. bayangkan, dalam ujian bulanan, sekali je aku dapat 5A masa bulan 2 haritu. dan paling aku bangga sebab 2 orang je dapat 5A bulan tu. power tahap natang gila babeng ah!

***

pukul 11 keputusan ditampal.

semua berasak-asak nak tengok siapa jagoan SK Seri Sentosa masa tu. kita tengok anak siapa paling power diantara yang power dalam kalangan yag power yang sememangnya power gila babas. sekali aku lirik jari atas softboard. tarik punya tarik sampai nama aku. hmm nama betul dah. no giliran betul dah. no IC betul dah (ke surat beranak tah).

BM Pemahaman A, BM Penulisan A, BI A, Matematik A, Sains...

***

"hang ni betoi ka dapat 5A ni? apa rahsia hang?" cikgu ni menganjing sinis.

"power nohh hang. tak sangka boleh dapat keputusan macam ni. syabas beta!"

kening diangkat tanpa segan silu.



rupanya aku ni dipandang rendah je. cess

No comments:

Post a Comment