Saturday, March 29, 2014

aku sudah mampu untuk kembali berdiri, walau sisa luka kelmarin masih berdarah namun sudah aku tampal dengan sedikit gembira. memang sukar untuk balik ke realiti setelah leka bermain dalam fantasi. ya, seandainya aku terus menurut firasat hati. pasti, segala ini takkan mungkin berlaku. sememangnya aku tak mahu lukakan sesiapa.

sememangnya sudah terlalu banyak kali aku mengalah. dari episod terdahulu hingga ke hari ini, aku selalu memegang watak antagonis. tidak sekali aku menjadi hero dalam babak sebegini.

sudah. aku dah malas main hati dan rasa. biar sahaja tiba masa. mungkin aku hanya perlu nanti detiknya tiba, atau selamanya aku akan menjadi pengintai dari jendela hati. semua itu kerja Tuhan.

tak salah rasanya jika aku usha perempuan? kah!

Tuesday, March 25, 2014

pentingkan rahsiamu, pentingkan.
ketepikan rasaku, ketepikan.
unggulkan dirimu, unggulkan.
hinakan diriku, hinakan.

sekian lama aku mencari jejak akan sesuatu yang ingin aku ketahui. sudah jelas pada kau yang menyedari aku sudah mula menerbitkan sedikit sebanyak bayang yang aku mula menanam rasa. entah, kenapa sukar untuk terus terang? walhal dalam nyata aku sedang memberi petunjuk bahawa aku juga seorang lelaki yang ingin menunduk hati wanita yang sama. memang, manusia itu tidak pernah lari dari hanya sembang kosong. dan manusia akan terus pentingkan diri sendiri yang dimana kita tidak akan pernah sedari rasa orang lain.

ya, termasuk aku.

ya, aku.

ya, aku yang paling dibenci manusia sekalian alam.

Tuesday, March 11, 2014

best man wins

kepada Faris, aku minta maaf. aku tak nak buat semua ni tapi aku terpaksa. kau buat aku tertanya-tanya. aku tak suka ditinggalkan dalam pertanyaan yang timbul dimana jawapan tidak diberikan pabila persoalan diajukan.

maaf kawan, aku terpaksa. aku terpaksa.

aku doakan kau bahagia disampingnya. benda bodoh ni aku sangat takut akan menjadi besar. dan aku tahu aku terlambat mencuri hatinya, dan sudah semestinya kau adalah juara.

ceh.

apapun, every best men win.

kuriositi kejam

memang. sebenarnya memang aku suka mendengki. aku suka berdendam. sampai satu saat aku tak tertahan dengan apa aku rasa, sehingga aku nak semua orang turut sama mendengki walaupun perkara itu sangatlah kecil. selalu sangat. selalu sangat. aku sampai tak tahu apa lagi nak buat. sebab bila sampai satu tahap aku nak beritahu satu dunia tentang apa yang aku tahu, dan apa yang aku rasa aku tak mampu untuk menang.

dan selalunya benda ini terjadi disebabkan perempuan.

lihat. sangat bodoh bukan?

aku seringkali tidak mampu untuk berfikir secara rasional. bagi aku, aku cuma mahu puaskan hati aku yang telah jatuh luka dan mengubatinya dengan cara yang sangat tidak menyenangkan manusia yang aku dengkikan itu. dan sebenarnya aku sangat tidak suka bila satu kebenaran itu telah aku kenal pasti, dan sengaja mereka meyembunyikan ia daripada aku yang terlebih dahulu dapat menduga. bukan apa, aku lebih senang jika mereka buka mulut terlebih dahulu. aku lebih gemar menggunakan nada sinis dan menjengkelkan kerana apabila perkara semudah itu telah aku ajukan dengan molek namun masih tiada sebarang jawapan yang dapat merungkai teka-teki itu.

susah aku ni. aku tak suka bersaing. aku tak mahu berebut. aku tak mahu sakitkan hari orang. aku tak mahu jadi liabiliti. aku tak nak.

tapi kuriositi itu memaksa. ia. memaksa.

sebab itu aku harap aku dapat terus berjumpa dengan insan yang akan menyapa aku dengan mesra dikala aku tidak mengenalinya, yang diakhirnya hanya dipenuhi senyum tawa yang membahagiakan.

harus aku berjalan melihat dunia agar terbuka hati ini yang diperangkap keselesaan finit.

Thursday, March 6, 2014

sekali lagi, ia datang

untuk punya rasa yang tidak patut ada buat aku rasa gusar seadanya. gentar untuk hilang sesuatu yang tidak pernah punya peluang untuk aku gapai berterusan tanpa henti. sungguh tidak patut pada awalnya untuk aku cuba membuka pintu hati yang sememangnya poerlu dikunci untuk satu masa yang pasti. sangat sukar untuk terus berlari atas landasan yang tidak tahu mana lompangnya.

hendak berlalu namun takut.

terus begini, aku tahu pangkalnya pasti mudharah. sejak dulu ia tidak pernah berubah. dari azali untuk memegang imaginasi itu terus utuh. walhal kepastian itu langsung tidak menjengah bahkan untuk ia menjadi realiti langsung peratusannya sifar.

ah.

lari

aku paling tidak suka untuk berhenti. sebolehnya, jika kaki ini masih punya tenaga untuk terus berlari, akan dikerah seluruh raga untuk meniti atas dunia yang tiada saksama. mungkin, jika aku perlu menyinggah, maka akan aku menyinggah. tapi apakah yang ada di setiap persinggahan? ya, aku mapu menunggu jika disebaliknya itu suatu kebahagiaan, tetapi jika sebaliknya, masakan aku mampu untuk mengharungi satu lagi titik hitam dalam hidup? sukar, sukar.

Thursday, February 13, 2014

fearful fate

I've tried my best to let you know
Happiness is greater  than  sorrow
Much better than anyone can borrow
Or anyone else could come that narrow
So live your best to continue your glow
For it to shine your path tomorrow
And to push your might till fun may follow
Enlighten the dark from out to marrow