Saturday, March 29, 2014

aku sudah mampu untuk kembali berdiri, walau sisa luka kelmarin masih berdarah namun sudah aku tampal dengan sedikit gembira. memang sukar untuk balik ke realiti setelah leka bermain dalam fantasi. ya, seandainya aku terus menurut firasat hati. pasti, segala ini takkan mungkin berlaku. sememangnya aku tak mahu lukakan sesiapa.

sememangnya sudah terlalu banyak kali aku mengalah. dari episod terdahulu hingga ke hari ini, aku selalu memegang watak antagonis. tidak sekali aku menjadi hero dalam babak sebegini.

sudah. aku dah malas main hati dan rasa. biar sahaja tiba masa. mungkin aku hanya perlu nanti detiknya tiba, atau selamanya aku akan menjadi pengintai dari jendela hati. semua itu kerja Tuhan.

tak salah rasanya jika aku usha perempuan? kah!

No comments:

Post a Comment