Tuesday, March 11, 2014

kuriositi kejam

memang. sebenarnya memang aku suka mendengki. aku suka berdendam. sampai satu saat aku tak tertahan dengan apa aku rasa, sehingga aku nak semua orang turut sama mendengki walaupun perkara itu sangatlah kecil. selalu sangat. selalu sangat. aku sampai tak tahu apa lagi nak buat. sebab bila sampai satu tahap aku nak beritahu satu dunia tentang apa yang aku tahu, dan apa yang aku rasa aku tak mampu untuk menang.

dan selalunya benda ini terjadi disebabkan perempuan.

lihat. sangat bodoh bukan?

aku seringkali tidak mampu untuk berfikir secara rasional. bagi aku, aku cuma mahu puaskan hati aku yang telah jatuh luka dan mengubatinya dengan cara yang sangat tidak menyenangkan manusia yang aku dengkikan itu. dan sebenarnya aku sangat tidak suka bila satu kebenaran itu telah aku kenal pasti, dan sengaja mereka meyembunyikan ia daripada aku yang terlebih dahulu dapat menduga. bukan apa, aku lebih senang jika mereka buka mulut terlebih dahulu. aku lebih gemar menggunakan nada sinis dan menjengkelkan kerana apabila perkara semudah itu telah aku ajukan dengan molek namun masih tiada sebarang jawapan yang dapat merungkai teka-teki itu.

susah aku ni. aku tak suka bersaing. aku tak mahu berebut. aku tak mahu sakitkan hari orang. aku tak mahu jadi liabiliti. aku tak nak.

tapi kuriositi itu memaksa. ia. memaksa.

sebab itu aku harap aku dapat terus berjumpa dengan insan yang akan menyapa aku dengan mesra dikala aku tidak mengenalinya, yang diakhirnya hanya dipenuhi senyum tawa yang membahagiakan.

harus aku berjalan melihat dunia agar terbuka hati ini yang diperangkap keselesaan finit.

No comments:

Post a Comment