Sunday, November 24, 2013

seribu kali... entah

entah. entah dan entah. sampai bila pun aku masih jawab entah.

terus aku ingin lari dari kecewa, dan sememangnya ingin bahagia. mungkin aku telah temui sinar bahagia namun pantasnya cahaya tak membenarkan aku menggapai ekornya. terus aku hanya biarkan ia berlalu dengan Tuhan merencana seluruh jalan cerita yang aku lalui. tanpa sedikit pun ingin aku menoleh pada luka lama yang sering menoreh hati.

aku tahu, sekali lagi aku akan terus kecewa. bukan aku tidak mahu percaya, tetapi hati ini sudah penat mengharap. peluang mungkin ada tetapi kemungkinannya tipis. sungguh, aku ingin kau buat aku jatuh cinta, dan aku ingin jadi cinta kamu.

dan sejauh mana kita mampu berjalan berdua?

entah. entah.


dan aku tahu ini tidak sepertimana yang ingin aku luah.

Sunday, November 17, 2013

rindu

ya, sememangnya belum lagi masuk jam ke 24. dan sememangnya aku tak dapat menahan sebak dalam dada, kerana aku terlalu rindukan sahabatku itu.

memang, dalam gelak ketawa sepanjang hari ini, belum dapat meredakan rasa kasih dan rindu padanya. sungguh, kesedihan masih meraja dalam hati.

namun, patah itu takkan berganti, tapi Dia datangkan sahabat lain bagi aku meredakan rindu pada sahabat yang lain.

insyaALLAH, Dia akan permudahkan derita dalam jiwa kami yang pernah bersamanya.

Ya ALLAH, lindungilah dia dalam perjalanannya menemuiMu ya ALLAH. ku pohon dengan setinggi-tinggi rasa cinta aku pada sahabatku yang satu ini.

Saturday, November 16, 2013

pergi

memang aku tak pernah ingat macam mana kami bertemu. semuanya berjalan pantas. hari demi hari. kami terus rapat. aku dan dia bagai belangkas, tak dapat dipisahkan.

minat kami, hampir semuanya sama. minat terhadap fotografi, kereta, dan punya impian sama untuk menjadi juruterbang. tak ada aku, dia pun tak ada. seorang tak ke kelas, maka berdua tak ke kelas. keluar kuliah makan kat kafe sama-sama. duduk kerusi belakang kuliah sama-sama. semua, bersama. walaupun tidur juga bersama.

masa tu PSPM1. alhamdulilllah, aku dapat keputusan yang bagus. tapi dia, tidak. entah kenapa, aku terasa ingin menemani dia mengharungi baki sem yang ada tanpa menghiraukan sekeliling. ya, dengan belajar sambil lewa. ponteng kelas. dengan harapan untuk mengulang semester bersama. tapi keputusan aku ditakdirkan ALLAH lebih baik daripada dia. pointer aku menyebabkan aku tak dapat mengulang. dia terkandas, aku sudah separuh jalan.

aku ingat lagi, aku tumpang dia dari KMJ sampai ke rumah, selepas tamat matrikulasi. Pajero rosak tengah jalan. abah tersadai kat Melaka. dan,... aku menitiskan air mata, takut-takut tidak dapat lagi bersua muka.

namun alhamdulillah, kesempatan diberikan olehnya, aku dapat bertemunya semula di tempat kami mula berjabat tangan menyulam persahabatan. jadi taiko lah dia masa tu. 'senior' katakan.

dan ketika itulah kali terakhir aku bertemunya. di tempat kami bersahabat.



dan dia berjanji untuk pulang pada cuti pertengahan semester ini, tapi tidak juga dia pulang. dan terus dia berjanji untuk pulang pula semseter hadapan.



tapi dia tak tunaikan janji, kerana dia telah terlebih dahulu berjanji dengan ALLAH.


ya, tumpah air mataku  mengenangkan persahabatan yang terjalin dalam masa yang begitu singkat. sehingga ke hari ini, dan selamanya, dia tetap kawan aku dunia akhirat.

Ya ALLAH, Kau lindungilah dia dalam perjalanan pulang bertemu-MU ya ALLAH. Tempatkanlah dia bersama para solihin, kerana aku tahu dia telah berusaha mencari redha-MU. ya ALLAH, ampunkanlah dosanya sepertimana sucinya bayi ketika dilahirkan. Ya ALLAH, sungguhpun pertemuan kami ini amatlah singkat, tapi terasa telah bertahun lamanya kami bersahabat. sesungguhnya dia tiada pengganti ya ALLAH. kerana Kau lebih menyayanginya daripada aku, maka Kau kasihilah dia sepertimana dia mengasihiMu Ya Rahman Ya Rahiim.

Amiin amiin ya rabbal 'alamin. Al-Fatihah


MOHD AZEM SAMEER -1992-2013-



Thursday, November 14, 2013

5A part 2

masa ni dalam kepala aku dah pikir sangat hebat dah. masa kumpul ramai-ramai dekat kantin aku kembang-kempis dah tengok abah aku. mana tak nya, bangga dia mesti lain macam bro. lu anak sulung, lepas tu ni periksa sulung, dan lu jugak cucu sulung dalam femili belah bapak. ni silap haribulan kenduri kendara 7 hari 7 malam tak henti!

masa tu guru besar aku, Pn. Hjh. Wan Laila bt. Megat Nordin. nama dia memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. sebabnya kalau tak sebut hajah tu berbelit nak sebut 'Puan Wan'. haa ce korang sebut tengok. hahaha. tapi dia ni guru besar yang baik jugak. ada sekali tu aku lambat gila datang sekolah sebab mama aku tak ada kat rumah masa tu, beliau sambung belajar. makanya ada abah aku dan 4 lagi orang adik. abah aku pulak meniaga burger, tutup saja kompem 12 lebih. dan tak semena dekat pukul 8 jugak aku dan adik-adik bangun. sampai sekolah boleh pulak jumpa guru besar. namun dengan senyumannya, semudah bicara dia mengolah kata, "lekaih pi masuk kelas lekaih!" fuhh, korang ada?

melalut natang. ehem.

ok kembali pada dunia nyata. dalam dok dia sembang pasai kami hat cemerlang ni, dia sebut pulak nama aku. dia seronok sembang pung pang pung pang abah aku dok usha lain macam ja kat aku. tak pa, aku tenang ja dulu. firasat buruk mula menghantui.

***

balik kampung. walaupun kampung aku tersebut tidaklah sejauh mana pun, hanya sepelaung cuma, tapi kegembiraan dia terasa. lain macam woo! terasa bagai wira pulang dikalung bunga setelah menang di medan perang.

apa lagi, mulalah aku mengungkit janji. pak uda aku cakap nak bagi RM100, acu nak bagi jam. ayahcik dengan ayahteh tak bagi apa kot. tapi memang teruja.

tidur aku dalam senyum, gembira tak terkata.

***

masa balik sekolah. atas motor.

"hang pi sekolah dok buat nakai. satni balik hang memang nak kena dengan aku."

abah dok wat cengei pulak. sah-sah balik kena ni.

5A

satu tarikh di bulan 11, 2004.

masa tu aku tahu yang keputusan UPSR keluar. dengan muka selamba aku ke sekolah menaiki gerek yang sudah berapa lama abah aku beli sampai aku dah cat balik dengan warna putih. dulu warnanya merah, tapi disebabkan aku nak jugak bergaya cat basikal sendiri, main hembus je la.

sebelum sempat aku disapa jaga sekolah aku, Pak Long bermisai lebat macam A. Galak, terlebih dahulu aku berpaling muka tanda angkuh kerana terasa diri telah berjaya. padahal haram tak tahu lagi dapat apa. nak diikutkan masa percubaan aku dapat 3A 2B je. BI dengan BM Pemahaman kot. pelik gila kan?

sesudah aku menongkat basikal, aku berjalan dengan bongkak bagai raja baru naik takhta. biasalah, budak baru nak up. selalu asyik dibawah, tapi aku kini berjaya menghidu bau-bau kejayaan. bayangkan, dalam ujian bulanan, sekali je aku dapat 5A masa bulan 2 haritu. dan paling aku bangga sebab 2 orang je dapat 5A bulan tu. power tahap natang gila babeng ah!

***

pukul 11 keputusan ditampal.

semua berasak-asak nak tengok siapa jagoan SK Seri Sentosa masa tu. kita tengok anak siapa paling power diantara yang power dalam kalangan yag power yang sememangnya power gila babas. sekali aku lirik jari atas softboard. tarik punya tarik sampai nama aku. hmm nama betul dah. no giliran betul dah. no IC betul dah (ke surat beranak tah).

BM Pemahaman A, BM Penulisan A, BI A, Matematik A, Sains...

***

"hang ni betoi ka dapat 5A ni? apa rahsia hang?" cikgu ni menganjing sinis.

"power nohh hang. tak sangka boleh dapat keputusan macam ni. syabas beta!"

kening diangkat tanpa segan silu.



rupanya aku ni dipandang rendah je. cess