Sunday, January 5, 2014

agresif dalam rasa

aku sendiri tak pasti mengapa aku bertindak sedemikian. jarang sekali aku mengambil satu langkah yang matang dalam menyatakan perasaan. kadang aku tidak mampu mengawal emosi tatkala kecemburuan menguasai diri. sungguhpun perkara ini kelihatan kecil, namun ia bagaikan barah yang mampu membunuh setiap nyawa yang terkesan.

kadang keberanian yang ada hanya sekelumit. sebesar zarah. sekecil mana yang kau mampu bayangkan ia. runsing aku memikirkan perkara sebegini rupa yang tak pernah ada surutnya. bukan mudah untuk aku punya rasa ini. jarang sekali. jika ia hadir, maka ia akan datang dengan teruk. sangat teruk. dan aku bakal kehilangannya dengan mudah sekali.

aku tak pernah berharap terlalu tinggi pada permulaannya, tetapi sedikit sebanyak ia semakin membiak lantas mewujudkan satu kepercayaan dimana perasaan aku akan dibalas. dan akhirnya, aku sendiri merana. kerana? kelakuan aku yang 100% memakan diri sendiri.

sungguh aku pening memikirkan. aku cuma tidak mahu kehilangan insan yang aku benar-benar suka. walaupun pada permulaannya agak tidak pasti, sebenarnya ia bakal memekar saat kita dalam kemusykilan. jawapan itu sendiri pasti hadir dalam seribu satu persoalan.

semoga dengan ini aku tidak akan lagi lakukan perkara yang sama, sepertimana sebelum ini.

aku tidak (baca: sangat) berharap agar kau balas rasa ini, tapi (baca: dan) aku pohon kau faham apa yang aku rasa dalam selirat kata yang tak pernah aku sampaikan maksudnya terus pada kamu.

No comments:

Post a Comment