Friday, January 31, 2014

feelings flinched


i hope you read
and understand bit by bit

of this small heart calling
the name of yours, darling

sorrow and sad never make us near
though the same we feel and hear
and through seconds i hope you're here
knowing i love you dear

possibly God will be mad
of those feeling i had

and i hope i'll be forgiven
by bringing you together to heaven

Wednesday, January 29, 2014

satu sepuluh

Seutas jam tangan yang dipakainya terus mengganggu. Tertera perkataan 'I Love You' pada muka jam. Langsung aku ragu apakah dia sedang sendiri atau telah kembali. Kadang aku terus berteka teki tanpa henti menyoal realiti. Apakah kelakuanku sama sekali terlampau nyata? Atau mungkin hanya aku yang merasa kalut dalam tenang? Kadang terlihat aku alis matanya yang bagaikan merenung kembali masa silam. Perjalanan hidupnya sebelum ini langsung tidak ku ketahui. Aku gusar, hatinya akan ku lukai jika aku secara terus melontarkan persoalan. Mungkin aku masih tidak pasti, tapi seyakinnya pasti berbekas rasa sayang dan cinta yang sukar untuk dipadam walau dijirus tujuh lautan.

Aku cuma berharap kau tak tinggalkan parut disini. Aku sekali lagi sanggup menjadi penunggu asal tidak diluka hati dengan dusta dan tipu daya serta dalih yang menduga.

Moga Tuhan permudahkan segalanya.

Friday, January 24, 2014

KELATE.rawks

alhamdulillah. dengan berkat, izin dan rahmatNya dapat jua kita menamatkan jaulah di Serambi Mekah. bersama sahabat-sahabat sekuliah, bertebaranlah kami di atas muka bumi negeri Kelantan yang buat pertama kalinya dilawati oleh kami, 'orang luar' yang sukar sekali untuk sampai disini. tetapi atas kesempatan serta kelapangan yang dikurnia ALLAH, maka dapatlah kami melihat sendiri warna-warna rakyatnya yang hidup makmur sejahtera.

seminggu disana mencoret pelbagai memori indah. mungkin kalian takkan mampu menggambarkan apa yang terlukis di benak minda aku, tapi aku terasa tidak puas berada disana buat sekian waktu. teringin pula untuk menetap disana. ah apakan daya. duduk sana pun orang tampung, boleh la rasa nak duduk lama. puihh

14/4/2013

habis sahaja kertas terakhir semalam, kami dah siap siaga nak bertolak kesana menaiki kapal terbang. kena pulak waktu promosi, dapat la murah yedokk. hampir sejam perjalanan, kami disambut oleh Siti Aminah yang cantik lagi bestari. aku tak tahu kenapa aku cakap macam tu tapi ikut suka aku la nak cakap apa pun kan lol. bersama kami bertujuh jantan bertubuh sasa menaiki kereta mewah milik Nur Fazlin. impian yang menderu laju atas jalanraya yang sama sekali kelihatan tiada polis trafik mahupun AES bakal menyambar nombor plat atau pemandunya. lantas dibawanya kami ke salah satu taman bidadari di Kota Bharu, Maahad Muhammadi (P) hahahahaha. masuk-masuk je nampak adik-adik solehah. mana tak cayor beb ahaks. dijamunya kami dekat taman tengah-tengah sekolah. sesampainya kami disambut oleh rakan-rakan yang selebihnya terdahulu tiba dari kami semalam. sebaik sahaja menjamah saki baki bihun yang tinggal bekas jamuan piknik mereka di Taman Tengku Anis, terus kami menerjah Bazar Tok Guru. nak kata Tok Guru ada situ meniaga tak pun, tapi nama saja diberi atas alasan apa kawe dok tahu. nak membeli belah tapi kain baju je banyak. duit ciput jadahnya nak beli songket harga sampai 2k. dah habis saem saem tino mbeli, teruh kito gerak gi umoh saem saem hok duduk Klate ni la. lepas la 2 3 rumah budak perempuan. dah dekat Maghrib tu, kitorang melekat dekat rumah si Fazlin tadi. diajaknya bermalam situ. tanpa segan silu dan atas pertimbangan yang tak berapa nak adil sangat, akhirnya kami membuat keputusan untuk bermabit semalam. di malam harinya, kami menghadiri majlis maulud sempena hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w. anjuran keluarga Faten Fatehah bt Md Zaid. sesudah kami mengalunkan suara merdu mengucapkan selawat ke atas junjungan besar kita, diseretnya kami ke Wakaf Che Yeh. dia ni stail dia macam downtown la. havoc dia toksey kiro la. bulih la kalo nak saem denge hok mano ado kat kolumpo nun. setelah kepenatan di hari pertama, pulanglah kami dengan hati yang sejahtera. belut yang selama ini dipuja diangau dapat jua dihadam perut ini huuuuuuuuuuuu

15/1/2014

tidur nyenyak diiringi mimpi indah berjaya merejuvenisasikan tubuh yang mula hilang tenaga. pagi itu dijamunya sarapan roti canai dan jemput-jemput. ada macam-macam tapi malas aku nak sebut. dah siap-siap semua, agak-agak kitorang pergi mana? haaa ce teka ce teka? tettt salah ahaha. kami pergi pantai irama ooo kat bachok. sayangnya musim tengkujuh sedang melanda. ombak bergelora bersama pepasir beterbangan dihembus angin. apabila mandi-manda tak boleh, maka sukaneka mengambil alih tempat. penat dia tak payah kira tapi fun dia boleh sampai infiniti. balik daripada bersukan(eka) dipecahkan kami jadi dua kumpulan mengikut rumah sebab dekat situ ada dua rumah. satu rumah Cheyah Aini, satu lagi rumah Alia Dolah. penat tak terkata, letak kepala lena mata. bangun-bangun terus bersiap menghala ke Pengkalan Kubor pulak. jauh dia terbalas dengan keseronokan 'window shopping'. apa yang dapat disambar hanyalah aiskrim baba dan sedikit coklat. pulangnya kami membawa tiba ke rumah Alia kerana BBQ akan dijalankan dirumahnya. tapi sebelum sampai ke rumah Alia, singgahlah kami sebentar di Masjid Tok Guru. hendak dikatakan membawa hajat untuk bertemu dengan ulama' no. 1 Malaya tetapi setelah konsiderasi diambil memandangkan keadaan beliau yang tidak berapa sihat membuatkan kami membatalkan niat duduk semeja setelah selesai solat Maghrib berjemaah.

16/1/2014

pagi ini pagi terakhir kami di kediaman pakcik Shahroni dan keluarga. tanpa sempat beramah mesra sebelum kepergian kami, terus sarapan dijamu sementara menanti kehadiran Aini Nabihah. ramai dah balik pagi tadi ekoran merindui kampung halaman atau mencari kesempatan untuk bergayut bersama yang tersayang. entah apa-apa alasan mereka, kami ditinggalkan terkontang-kanting dalam peliharaan ALLAH di bawah jagaan anak-anak ore Kelate lulz. sebelum menyambung perjalanan, Siti Aminah juga membuat keputusan untuk pulang bertemu abang kesayangannya yang aku tak tahu macam mana dia sayang (ah kisah) menaiki bas. Amirah Salwani juga begitu walaupun rumahnya hanya terletak tidak jauh dari Kota Bharu. sesudah itu, destinasi seterusnya adalah ke Kampung Kraftangan, dimana letaknya Nasi Ulam Cikgu kato ore rama situ. pernah masuk JJCM kalau korang ikuti. fefeeling dia not bad la. susah nak jumpa di tengah kota raya serta bandaraya di barat Semenanjung. ulam-ulaman segar bersama lauk-pauk menjanjikan warna-warni dalam pemakanan sihat. setelah masing-masing buang angin bau petai, disambung pula menuju ke Muzium Kraftangan sementara menanti Cheyah mengambil adiknya pulang. habis sahaja meneliti salasilah kraftangan di Malaysia ini, terus kami menuju ke salah satu detinasi yang wajib dikunjungi bila ke Kota Bharu iaitu Pasar Besar Siti Khadijah. macam biasa, seperti mana pasar lain yang selalu kita jengah, tapi lejen dia aku tak tahu nak cerita macam mana. kompleks perniagaan tiga tingkat itu merangkumi hampir 1000 rumah kedai serta tapak peniaga berjual beli ayam, daging dan pelbagai lagi keperluan seharian. pening aku pusing mencari nekbat, namun akhirnya pencarian hanyalah sekadar pencarian. tiada yang menjual. lalu kami berehat sebentar untuk solat Zohor sebelum bergerak ke Pantai Cinta Berahi (nama baru Pantai Cahaya Bulan kalau korang tak tahu). menikmati sekali lagi angin kencang monsun timur laut, kesempatan diambil untuk melafazkan rasa kecewa dalam jiwa sambil merakam video klip nyanyian sumbang lagu Jamal Abdillah. bila tekak dah tak lagi mengeluarkan suara, terus kami ke Kedai Lalat, untuk berjumpa dengan pakcik Rosli serta makcik Nasrah, ibu dan bapa kepada Cheyah. dijemputnya kami untuk bermalam disitu semalam dua. sebagai musafir, eloklah sangat diterima pelawaannya itu. saat bulan purnama menerpa, sekali lagi diajaknya pergi Wakaf Che Yeh. amboi penat dia toksah nak kata la. gagah jugak kaki melangkah. tapi dapat juga membalas keringat yang terperah dengan sehelai jersi Jerman. fuhh makin membara la semangat World Cup tahun ni ahaha.

17/1/2014

pagi Jumaat. Kelantan cuti. disebabkan penat yang amat, terlepas kami untuk mendengar kuliah Subuh Tok Guru. apa boleh buat, semua anak teruna haha. tapi tak kisah la. pagi tu diberi lagi kesempatan untuk mendekati tokoh agama itu di Medan Ilmu. Medan Ilmu ni macam orang buat forum perdana la, cuma sini orang bagi kuliah, dengan sekelilingnya akan bertapak peniaga-peniaga mencari rezeki. pada jam 9 pagi, kelibat TGNA mula kelihatan menaiki sebuah Mercedes. sedikit sebanyak tentang kerajaan Islam dan kesejahteraan negeri Kelantan dibicarakan. perihal pemimpin yang tidak amanah juga diperkatakan. walau tidak berapa kedengaran suaranya menerusi corong speaker kerana beliau tidak lagi segagah dahulu, masih bait katanya terngiang dalam kesibukan orang ramai. lantas menantikan kehadiran seorang lagi rakan yang tah kemana hala lambatnya, padahal orang Kelantan dah tapi masih lagi sesat. hok aloh dalam hati aku berkata. setelah bertemu, kami bergerak pula menuju ke sebuah lagi rumah sahabat yang terletak berhampiran Nilam Puri. solat Jumaat kami disana sambil dijamu makan tengahari yang lazat, serta dibekalkan pula kek coklat hasil rengekan Latiff. terus pulangnya kami menuju ke lapangan terbang, untuk menghantar seorang lagi rakan, Sakinah namanya. nasib menyebelahi kami, dia masih sempat mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. bila tamatnya drama air mata, dibawanya kami untuk menikmati cendol, namun sayang sekali tuannya tidak berniaga. terus drebar kami memacu kenderaan ke sebuah restoran bernama Selera Cik Siti. tah anak siapa entah punya selera, mahalnya tak terkira aduhhh. tapi tak kisah, asal ada yang belanja aku terima seadanya haha. maka berakhirlah perjalanan di hari Jumaat, diisi dengan menonton perlawanan Piala Sumbangsih di antara Pahang dan Lions XII, dimana kemenangan berpihak kepada Tok Gajah.

18-20/1/2014

dan hari ini sekali lagi berpisah dengan tuan rumah. sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang tidak putus-putu memcurahkan kasih sayang kepada kami yang banyak kerenah. hari ini berangkatlah kami ke Kampung Laut, tempat asalnya penginapan kami sejak dari awal. Faten Fatehah bt Md Zaid masih lagi setia menjadi pemandu kami. maka dua hari seterusnya hanyalah persinggahan sementara kami disini sementara menanti hari pulang, iaitu Isnin. aku sebenarnya malas dah nak taip panjang-panjang ni haha

dan begitulah jua. arakian sudah wacana kami berjalan kaki merentas samudera serta awan untuk sampai ke Kelantan. aku mengantuk ni lol. haha kbai

Sunday, January 5, 2014

agresif dalam rasa

aku sendiri tak pasti mengapa aku bertindak sedemikian. jarang sekali aku mengambil satu langkah yang matang dalam menyatakan perasaan. kadang aku tidak mampu mengawal emosi tatkala kecemburuan menguasai diri. sungguhpun perkara ini kelihatan kecil, namun ia bagaikan barah yang mampu membunuh setiap nyawa yang terkesan.

kadang keberanian yang ada hanya sekelumit. sebesar zarah. sekecil mana yang kau mampu bayangkan ia. runsing aku memikirkan perkara sebegini rupa yang tak pernah ada surutnya. bukan mudah untuk aku punya rasa ini. jarang sekali. jika ia hadir, maka ia akan datang dengan teruk. sangat teruk. dan aku bakal kehilangannya dengan mudah sekali.

aku tak pernah berharap terlalu tinggi pada permulaannya, tetapi sedikit sebanyak ia semakin membiak lantas mewujudkan satu kepercayaan dimana perasaan aku akan dibalas. dan akhirnya, aku sendiri merana. kerana? kelakuan aku yang 100% memakan diri sendiri.

sungguh aku pening memikirkan. aku cuma tidak mahu kehilangan insan yang aku benar-benar suka. walaupun pada permulaannya agak tidak pasti, sebenarnya ia bakal memekar saat kita dalam kemusykilan. jawapan itu sendiri pasti hadir dalam seribu satu persoalan.

semoga dengan ini aku tidak akan lagi lakukan perkara yang sama, sepertimana sebelum ini.

aku tidak (baca: sangat) berharap agar kau balas rasa ini, tapi (baca: dan) aku pohon kau faham apa yang aku rasa dalam selirat kata yang tak pernah aku sampaikan maksudnya terus pada kamu.

Wednesday, January 1, 2014

study week dan tahun baru

study week telah bermula dan aku masih terpinga-pinga hendak bermula dengan subjek apa. walaupun paper pertama akan aku duduki pada sabtu ini, namun apa yang telah aku lakukan untuk paper tersebut hanyalah membuat satu latihan. itupun sekadar mengulang kaji kertas soalan pertengahan semester tempoh hari. fuh, minggu depan lagi susah. paper yang aku fail semester lepas. cuma bezanya kali ini ia lebih mendalam ye tuan-puan.

dan minggu pertama study week aku demam. demam yang tak berapa nak teruk walaupun dipenghujungnya teruk. disyaki denggi setelah beberapa hari badan panas. nasib dah lepas tempoh pemerhatian. kalau tak, kena tahan wad la gamaknya.

dan barangkali kali ini merupakan tahun baru yang agak sugul meskipun tiada banyak perkara yang merunsingkan atau mendukacitakan diri ini, melainkan satu dua hal yang tak bisa aku ketepikan. nampak teguh tapi dalam rapuh.

itu sahaja. awak yang tengah ulangkaji tu, jaga kesihatan tahu! saya disini hanya mampu mendoakan kesejahteraan awak sepanjang awak tidak berada dihadapan saya.

:)

p/s: nanti saya buat red velvet untuk awak ok!