Thursday, December 19, 2013

kekasih sepi

nista bahasa kadang tak menggambarkan rasa
bila sunyi terkunci bibir yang berkata
atas gerak manusia yang bersandiwara

gelora jiwa meruncing
saat ternukil ayat pusing

simpang yang aku pilih
semestinya menyerpih

tepacak sembilu dikaki
membawa kehati
reaksi minda selari

siksa memerhati
derita mengalami

ronta kekasih sepi.

Sunday, December 1, 2013

jumaat yang tak berapa nak jumaat

29/11/2013 0953

Sedih gila. Sekali lagi aku tak boleh nak fokus kelas Dr. Maryam. Minggu yang sangat menekan bagi aku. Hari yang sangat terfaktab bagi aku. Jumaat yang langsung aku rasa tidak memuliakan aku dalam harinya. Walaupun sekotak air soya dan sebungkus roti telah memenuhi ruang abdomen, namun masih belum dapat mengubah pagi aku. Aku tak tahu bagaimana manusia memandang aku hari ini, sekadar berkemeja T tanpa kolar dan jeans lusuh. Memang aku malas tahap nak mati hari ni. Kalau jumpa dekan kejap lagi memang aku tutup telinga tahan maki la.

Bayangkan, dalam minggu ni hampir semua benda aku kena buat. Dalam minggu ni la semua dateline nak sampai. Masalahnya kalau benda ni sekadar taip menaip aku boleh settle down lagi, tapi ni dah sampai tahap telan tongkat ali bagi ada tenaga. Bayar itu, buat ini. Bila dah kena berhubung dengan macam-macam manusia yang jadi macam celaka tu. Kalau jenis yang ikut cakap tu ok lagi, kalau yang buat kepala? Punoh.

Sumpah aku nak balik tidur ni.